This morning, I read a teribble news about a
middle aged man who married a little child. This 41 years old man is a member of
tabligh movement and was already married to three women. He told his wife that he wish to have a child as a wife and his wife never thought that he would ever do it. The child, 11 years old was found traumatized and scared at a surau after reported lost for 20 days. She was married by her own father.
This man, 41 years of age. Supposedly a religious man who practices tabligh. He has three wifes and seven children. He never allowed any of his wives to work, saying that working is 'stupid'. He was going to marry of his 10 years old daughter to his friend.
The little girl of 11 years was married off by her own father. Her mother is filing a divorce.
------------------------------------------------------------------------------------
I felt so sick as I read the articles today at Utusan Malaysia and Berita Harian. Angry, sad, dissapointed and ashamed. I just thought of one thing,
" What a sick way to fulfill his pedophile needs, hiding behind his religion".
Yang si bapak tu mesti bengap tahap dewa-dewi lah ye, sampai sanggup kahwinkan anak perempuan umur 11 tahun. Gamaknya dia fikir, selamat la si anak tu dunia akhirat, boleh masuk syurga kerana dikahwinkan dengan lelaki yang kononnya alim lagi tabligh. Senang-senang nak lepaskan tanggungjawab ye pakcik. Saya harap pakcik ni pikir la baik-baik, anak yang dibawa ke dunia tu tanggungjawab si ibu bapa, diorang la patut pimpim, didik si anak ni agar jadi 'orang'.
Yang si isteri pula, adakah bila suami bersuara nak kahwin dengan budak kecil itu gurauan. Logiklah kalau timbul sedikit curiga atas suami, kalau suami bercakap tentang perkara-perkara pelik sebegitu.
Kepada saudara-saudara yang nak masuk tabligh tu, silakan. Tiada siapa yang menghalang. Tapi tidak boleh dinafikan, terlalu banyak yang negatif yang didengar berhubung kelakuan ahli-ahli tabligh dengan anak isteri mereka. Bukan semua tapi ada lah serangkai dua. Kalau dah berkeluarga, beristeri dan beranak, janganlah sampai kebulur ditinggalkan. Kalau nak 'keluar' pun, biarlah kebajikan anak isteri terjaga.
Zaman sekarang ni kalau nak beli makanan kena pakai duit tau. Kalau dapat makanan free tu, maksudnya ada la tuh hamba Allah yang lain yang dah berusaha dan bekerja untuk makanan itu. Sudah fitrah manusia itu perlu makan, jangan la zalim kepada anak isteri, sampaikan nak makan pun tak upaya. Sememangnya Allah akan membantu hamba-hambanya, tapi hambanya perlu berusaha. Bukan tunggu hujan emas turun dari langit. Kalaupun nak jauhi kebendaan duniawi, jangan lah sampai anak isteri dizalimi. Bukankah bab pertama dalam textbook pelajaran agama Islam di sekolah 'menjadi Khalifah Allah', maksudnya tanggungjawab sebagai manusia, lebih-lebih lagi sebagai hamba Allah di dunia ni.
Kalau isteri nak bekerja, izinkan lah. Janji halal. Sedangkan sendiri pun tak berkerja, habis tu anak yang berdozen-dozen tu nak makan apa gamaknya. Bukan apa, saya sendiri berpengalaman melihat pemuda-pemuda tabligh tidak bekerja dan tinggal bersama keluarga mertua. Mertua pula dulunya perlu bekerja untuk anak, kini perlu menanggung menantu serta cucu-cucu. Si isteri pula diharamkan bekerja atas sebab akan menimbulkan fitnah.
Saya ada seorang kawan dahulu, seorang yang alim dan datang dari keluarga yang alim. Bila berbincang pasal tabligh, saya ditegah untuk menegur keburukkan tabligh. Tak baik ditegur katanya, mereka itu pendakwah. Itu budaya kita, sangat sensitif. Bila ditegur, bagaikan kita menentang habis-habisan. Bukan begitu. Masyarakat tidaklah sebodoh itu hendak menegur tanpa dasar yang kukuh. Tegur untuk memperbaiki. Kalau didiamkan kan dah jadi parah macam kes ni.
To 'whom it may concern', rasanya eloklah kalau lebih ambil tahu perkara-perkara nasional begini, daripada risaukan wanita-wanita melayu yang berkahwin dengan matsalleh. Sedangkan matsalleh yang jahil budaya kita pun tak se'sadis', sampaikan bersuara kepada isteri kerana nak beristerikan budak kecil. Itu bukan ke orang melayu lagi Islam, yang tahu hujung pangkal budaya orang melayu?
Alah...Kalau jahat tu, warna apa pun jahatkan? Kalau baik tu, warna apa pun baik.