Sunday, March 14, 2010

Kahwin Budak

This morning, I read a teribble news about a middle aged man who married a little child. This 41 years old man is a member of tabligh movement and was already married to three women. He told his wife that he wish to have a child as a wife and his wife never thought that he would ever do it. The child, 11 years old was found traumatized and scared at a surau after reported lost for 20 days. She was married by her own father.

This man, 41 years of age. Supposedly a religious man who practices tabligh. He has three wifes and seven children. He never allowed any of his wives to work, saying that working is 'stupid'. He was going to marry of his 10 years old daughter to his friend.


The little girl of 11 years was married off by her own father. Her mother is filing a divorce.


------------------------------------------------------------------------------------


I felt so sick as I read the articles today at Utusan Malaysia and Berita Harian. Angry, sad, dissapointed and ashamed. I just thought of one thing, 

" What a sick way to fulfill his pedophile needs, hiding behind his religion".


Yang si bapak tu mesti bengap tahap dewa-dewi lah ye, sampai sanggup kahwinkan anak perempuan umur 11 tahun. Gamaknya dia fikir, selamat la si anak tu dunia akhirat, boleh masuk syurga kerana dikahwinkan dengan lelaki yang kononnya alim lagi tabligh. Senang-senang nak lepaskan tanggungjawab ye pakcik. Saya harap pakcik ni pikir la baik-baik, anak yang dibawa ke dunia tu tanggungjawab si ibu bapa, diorang la patut pimpim, didik si anak ni agar jadi 'orang'. 

Yang si isteri pula, adakah bila suami bersuara nak kahwin dengan budak kecil itu gurauan. Logiklah kalau timbul sedikit curiga atas suami, kalau suami bercakap tentang perkara-perkara pelik sebegitu. 

Kepada saudara-saudara yang nak masuk tabligh tu, silakan. Tiada siapa yang menghalang. Tapi tidak boleh dinafikan, terlalu banyak yang negatif yang didengar berhubung kelakuan ahli-ahli tabligh dengan anak isteri mereka. Bukan semua tapi ada lah serangkai dua. Kalau dah berkeluarga, beristeri dan beranak, janganlah sampai kebulur ditinggalkan. Kalau nak 'keluar' pun, biarlah kebajikan anak isteri terjaga. 

Zaman sekarang ni kalau nak beli makanan kena pakai duit tau. Kalau dapat makanan free tu, maksudnya ada la tuh hamba Allah yang lain yang dah berusaha dan bekerja untuk makanan itu.  Sudah fitrah manusia itu perlu makan, jangan la zalim kepada anak isteri, sampaikan nak makan pun tak upaya. Sememangnya Allah akan membantu hamba-hambanya, tapi hambanya perlu berusaha. Bukan tunggu hujan emas turun dari langit. Kalaupun nak jauhi kebendaan duniawi, jangan lah sampai anak isteri dizalimi. Bukankah bab pertama dalam textbook pelajaran agama Islam di sekolah 'menjadi Khalifah Allah', maksudnya tanggungjawab sebagai manusia, lebih-lebih lagi sebagai hamba Allah di dunia ni. 

Kalau isteri nak bekerja, izinkan lah. Janji halal. Sedangkan sendiri pun tak berkerja, habis tu anak yang berdozen-dozen tu nak makan apa gamaknya. Bukan apa, saya sendiri berpengalaman melihat pemuda-pemuda tabligh tidak bekerja dan tinggal bersama keluarga mertua. Mertua pula dulunya perlu bekerja untuk anak, kini perlu menanggung menantu serta cucu-cucu. Si isteri pula diharamkan bekerja atas sebab akan menimbulkan fitnah. 

Saya ada seorang kawan dahulu, seorang yang alim dan datang dari keluarga yang alim. Bila berbincang pasal tabligh, saya ditegah untuk menegur keburukkan tabligh. Tak baik ditegur katanya, mereka itu pendakwah. Itu budaya kita, sangat sensitif. Bila ditegur, bagaikan kita menentang habis-habisan. Bukan begitu. Masyarakat tidaklah sebodoh itu hendak menegur tanpa dasar yang kukuh. Tegur untuk memperbaiki. Kalau didiamkan kan dah jadi parah macam kes ni.

To 'whom it may concern', rasanya eloklah kalau lebih ambil tahu perkara-perkara nasional begini, daripada risaukan wanita-wanita melayu yang berkahwin dengan matsalleh. Sedangkan matsalleh yang jahil budaya kita pun tak se'sadis', sampaikan bersuara kepada isteri kerana nak beristerikan budak kecil. Itu bukan ke orang melayu lagi Islam, yang tahu hujung pangkal budaya orang melayu? 

Alah...Kalau jahat tu, warna apa pun jahatkan? Kalau baik tu, warna apa pun baik. 

4 comments:

T said...

Sakit hati kan, reading about how people treat their daugher macam anak dia tu lembu, boleh suka hati nak jual. I bet there are others who would try to justify this from agama point of view. sickening!

lemongrass said...

Apalah nak jadi manusia mcm ni kan. Konon alim beragama tp buat perangai tak fikir ugama. I pun malu kdg2 nak explain benda2 mcm ni to non Muslims sbb because of these few stupid people, nama suci Islam tercemar. And then like you said, kalau kita tegur orang2 mcm ni, semua akan kutuk kita balik sbb tegur about Islam.
Masa I kecik2 dulu bila sebut pasal kumpulan tabligh, mesti jenis yg tinggal anak bini berbulan2 tanpa cukup makan. Ahli keluarga lain yg kena sponsor makan. Skrg ni masih ada yg mcm tu but I guess dah ada jugak yg bertabligh the right way.

Anonymous said...

salam mami. mak cik sangat sedih n malu dgn orang2 yg bertopengkan ugama untuk memuaskan nafsu mereka.. kalau kita cakap banyak nanti dikatakan tidak islamic n mengikut hukum agama..adakah agama menghalalkannya dgn budak sekecil itu..lagipun apa yg ada dgn budak seusia itu..

mami said...

Hi T,

Betul! Pedophile is the word. You should see other newspaper article that features the faces of the parents..memang I dah agak dah rupa cam tu (jahat tak I?)..bleh pulak bapak dia kata, dia kena pukau with that man..I doubt it..mesti that guy convinced the father that he'll masuk syurga kalau kahwinkan anak tu ngan that guy..so so sick!!

Hi Kak LG,

These so-called religious men still think diorang bleh buat apa saja and then justify their acts using Islam. Macam la orang sekarang ni bodoh sangat ye. Ni akibat takleh tegur la kak LG, zaman saya skolah dulu, kalau saya soal banyak2 pasal Islam, my ustazah told me I shouldn't question my religion, nanti I terpesong akidah. Ade ke?

Unfortunately, masih ada tabligh yang practices this way of life. Kawan baik saya sendiri kahwin dengan seorang tabligh, her husband doesnt work, stay with their in laws, my girlfriend pulak is not allowed to work, she has to wear black purdah and skarng ni anak dah dua. At the moment ni diorang stay with the mertuas, mertua tanggung makan minum, use mertuas car when they need it and they are around my age. That means ada la generasi muda tabligh yang still macam dulu. Tapi ada orang-orang tabligh yang saya jumpa kat masjid yang bekerja. They will take cuti kalau diorang nak 'keluar'. Kalau macam tu takpe la kan?..

Salam MakCik Yam,

Kalau dah sampai tahap begini still takbleh tegur, saya pun tak tahu nak ckp apa dah. Nampak sangat nak memuaskan nafsu tu. budak kecil tempatnya di sekolah, belajar ilmu untuk masa depan. Bukannya dikahwinkan dengan lelaki sebegitu dengan harapan boleh masuk syurga. Orang-orang macam ni lah bagi malu umat Islam lain.

saya baru baca paper hari ni, nasib baik laki tu belum buat apa-apa lagi kat dia. Seram saya dengar. Ye lah, mana tahu laki tu ade AIDS ke ape, tak ke naya budak kecil tu.