Friday, February 5, 2010

Kahwin Empat Situasi Biasa di Malaysia

Wah! Gempak kan tajuk entry kali ini. 

Sejak selamat sampai di rumah mertua, rasa nak take a small break from blogging, but today something happened that I feel tak sabar-sabar nak blog. I feel I want to share this story right away with my blogger friends.

So ceritanya gini, lepas makan dinner, kitorang pun dok la depan tv dengan my parents in law sambil minum kopi. We ended up watching Istana Takeshi at first sebab there was nothing interesting on. Lepas masing-masing gelak guling-guling tak ingat dunia (istana takeshi seems to have that effect on people everywhere!) kitorang pun channel surfing la. There was a documentary.

I'm telling this story exactly as I saw it, I mean no harm, no prejudice here, just nak share exactly what was aired on german tv just a little while ago.
'Anda ada seorang isteri? Seorang isteri pun anda rasa sudah cukup membebankan? Bagaimana pula dengan lelaki di Malaysia, yang rata-rata mempunyai lebih dari seorang isteri, bukan dua tapi empat! Tak percaya? Mari kita sama-sama lihat.' Begitulah lebih kurang intro documentary yang disiarkan tadi. Terus Mamak tgk Mami sambil membulatkan mata. Mak mentua ku pun terus paling tengok muka kami dua orang. Huhuhuhu...

Basically, memceritakan tentang seorang usahawan lelaki yang berjaya bernama Muhammad bin Shaari dari Kuala Lumpur yang mempunyai 4 orang isteri dan 17 orang anak. Dalam program tv tersebut, meceritakan bagaimana jalan kehidupan beliau dan sebagainya. Keluarga yang amat Islamik dan boleh dikatakan keluarga contoh. Isteri beliau masing-masing ada kerjaya sendiri dan seorang daripada isterinya seorang doktor. Yang ditemuramah cuma doktor ini seorang, iaitu isteri beliau yang ketiga. Banyak jugak la soalan-soalan sensitiv yang ditanya kepada doktor ini (german memang bangsa curious dan suka bertanya kalau depa tak faham). Contoh soalan adalah bagaimana kalau timbul salah faham antara isteri dan adakah anda bermalam dengan suami anda bersama-sama dengan tiga isteri yang lain.

Selain daripada itu, documentary ini menjelaskan bahawa poligami adalah perkara yang amat biasa di negara seperti Malaysia dan Indonesia kerana agama Islam membenarkan poligami. Di Indonesia pula di tunjukkan betapa seorang aktivist wanita yang 'menentang' poligami dengan mengatakan perkara ini hanya diamalkan oleh fundamentalist Islam. Beliau juga mengatakan poligami yang diamalkan oleh kebanyakkan lelaki adalah tidak seiring dengan kemahuan agama Islam. 

Lepas tu ada ditemuramah pula seorang wanita yang dikenalkan sebagai bekas penyanyi di Malaysia iaitu Datin Hajar (siapa ya? mami macam kenal tapi tak berapa nak ingat). Dia pula cerita kisahnya yang dahulu masa dia berkenalan dengan suaminya, suaminya sudah beristeri. Suaminya menceraikan isteri pertama itu untuk berkahwin dengan Datin Hajar ini. Sekarang ini, katanya suaminya ingin berkahwin dengan janda yang berumur 23 tahun. Komen Datin Hajar, kalaupun janda, mengapa janda yang berumur 23 tahun. Suami Datin Hajar juga ada pada masa itu, a decent looking middle aged bald man. Komen si suami kepada wartawan, 'Its allowed in Islam, whats the problem? ' Dia berpaling kepada isterinya dan berkata 'You pun tau kan in Islam boleh'. Datin Hajar rolled her eyes.

After that ada cerita sikit pasal makjun dan ubat 'kuat' traditional yang it seems sangat laku dikalangan lelaki di Malaysia dan Indonesia. There was also a story about organisasi Islam yang menyerupai Al-Arqam yang dikatakan mengamalkan poligami and how they organize their own community from grocery shops to dental care.

So thats almost everything yang disiarkan tadi, ada lah dalam 20 minutes documentary tu. 

Guess what was my parents in law reaction lepas tu?..

Senyap sunyi tanpa bual bicara..

mami's reaction?...


6 comments:

lemongrass said...

Kalau I jadi you pun I would be speechless... Such a 'hot' issue..

CS said...

I berminat gak nak tau reaksi you selepas menonton dokumentari tu. Wld appreciate if you cld share with us.

I percaya you pasti able to buka minda your PIL what poligami is all abt dari kacamata Islam. Calet sket ..

3E said...

I izinkan my hubby kahwin lagi...mmg I dah declare pun this statement kat dia...ok tak?

mami said...

Kak LG,

mmg pun, lepas tu terus jadi speechless...my PIL paham, diorang sendiri kata kalau isteri-isteri tu tak kisah dan happy, why not..cuma diorang sgt tak setuju dgn arranged marriage..

CikSom,

Saya tak kata apa-apa pun sebab dah habis explain kat diorang time mamak masuk Islam dulu..diorang pun faham dah..cuma diorang still rasa sangat pelik sebab bukan budaya diorang..:D

3E,

Uih...erm..*speechless*..ok kot..hehe..I guess if you're happy than I'm happy..

Eine Frau aus Botnang said...

Mami dear, TV Jerman ni walaupun ringkas documentary2nya tapi sungguh meninggalkan kesan yang dalam after that, buat diri sendiri speechless jugak. Sebab depa curious and tanya soalan memanglah sangat straight foward. (terus teringat my hubby menanya soalan2 yang tak terlintas dek akal dengan Ustaz sebelum masuk Islam dulu) Bukan depa ni nak provoke tapi like you said dah tak paham, tanya lah kenapa mengapa sampai depa paham. Well, apa yang diceritakan memang terjadi bukan dibuat2. Memang itu lah reality yang terjadi dalam masyarakar kita. The truth really hurts but like you said, they are happy with the chosen life, so why do we even bother to question about it kan. Take care

mami said...

hi Fasha,

what you said is really true, walaupun reportage tu kejap saja, still meninggalkan kesan. I am just a little worried on what impact it has for those malaysians living in Germany at the moment. Seriau if orang german get the idea that every man in Malaysia practices poligami just because the religion allows it.

I agree that the truth hurts, it hurts ME anyway, just because I am an emotional person. As you said, if the women are happy with the chosen life, why WE bother nak question it.