Dear Blogger Friends,
Masa kita tengah google cari resepi hari ni, kita pergi la ke website yang slalu kita pergi kalau nak cari resepi dalam bahasa Jerman. Kita terserempak dengan video youtube ni.
Ceritanya begini, ada satu website utk resepi yang popular kalangan hobby cooks kat Jerman ni. Sebabnya dia popular? Entahlah, dah lama kita musykil sebenarnya sebab website dia bukan la menarik sangat. Apa yang kita perasan(personally), bila kita google ja satu resepi dalam bahasa Jerman, terus first hit website ni.
It seems, pemilik website Marions Kochbuch (kwn2 kat Jerman mesti familiar ngan web ni) ni dah saman satu keluarga di Jerman, atas alasan, keluarga ni menggunakan gambar-gambar dari website resepi tersebut. Gambar-gambar yang 'dicuri' adalah gambar-gambar makanan untuk personalblog khas utk burung-burung belaan mereka. Cthnya, gambar tomato, seleri dsbgnya- Gambar2 ni kecik2 jer (resolution taklah besar pun).
Yang dasyatnya, pemilik website resepi ni mintak lebih 8000€ duit gantirugi atas sebab penggunaan gambar2 dari website dia. Sedangkan, dia tak tulis pun kat website resepi dia, bahawa gambar2 tu copyright registered.
Internet expert yang di'interview' kata, pemilik website resepi ni dah manipulate website diorang, supaya kalau orang google something (berkenaan makanan atau resepi), diorang akan jadi first hit. Kalau google image 'tomate' which is tomato, mesti dpt first hit, gambar yang dari website resepi ni. Cuba try! Saya try kat google.de mmg dpt. Macam diorang berharap, somebody akan 'curi' gambar-gambar tu.
End of the story, pemilik website resepi ni menang kes diorang kat court. Family yang 'curi' gambar-gambar tu terpaksa bayar wang sebanyak lebih 8000€ tuh. Adil?
Kita faham logik copyright registered ni, tapi takkan la saman orang sampai 8000€ untuk gambar2 yang tak seberapa tu (kita tgk sendiri gambar2 tu, memang kecil dan tak padan sangat dengan harga). Memang menang di court tapi in my opinion, diorang ni dah takdak humanity. Dahla tu, sah2 diorang manipulate website diorang utk dpt first hit kat google (malangnya tak bleh dibuktikan di court). Clever.
Lagipun, gambar-gambar tu bukannya untuk marketing sesuatu bisnes kan? That poor family tak untung apa pun. Family tu plak had to learn the hard way, which is I think very unfair.
So bloggers out there, hati-hati time blogging, especially blogger kat negara-negara yang kuat undang-undangnya tu. Kalau nak ambik gambar kat google image tu, baca dulu habis-habis, boleh ke tak.. nak pinjam gambar tu. Takpun mintak permission pemilik website tu dulu.
Kita dolu2 selalu jugak amik gambar kat google image, tapi la ni takmau buat dah. Nanti kalau tiba-tiba dpt bil 8000€ habislah....mana nak korek duit.
No comments:
Post a Comment