Thursday, November 5, 2009

Autumn, Fall, Herbst, Musim Luruh..

Memang patut pun orang melayu sebut musim luruh. Semua daun kalau boleh nak luruh, tak tahan sejuk. Kalau kita ni sehelai daun pun, baik kamikaze ja..muahahah. p/s: kita ni makhluk tak tahan sejuk. Ni baru musim luruh, tak masuk musim sejuk lagi. Ish kuasa Allah besar kan, dia dah susun dengan sempurna jalan cerita dunia kita.

Bukan apa, hari ni Alhamdulillah sangat, lepas hujan dan mendung dua tiga hari lepas, hari ni dan semalam cerah. Bila cerah, takla sejuk sangat. Kalau sejuk pun, tak la menikam kalbu menghiris hati. Bukan setakat itu, rasa hati tenang dan ceria bila cahaya matahari masuk kedalam rumah. Barangkali sebab itu, orang Malaysia selalu ceria dan suka hati. Waa, puitis pulak hari ni. Taktahan.

DSC_0012

ni view dari balcony flat kami..

DSC_0015

tu sarang burung Stork, orang kampung yang naikkan sarang ni..once in a while ada satu pasang Stork akan lepak2 kat sarang tu..time autumn ni jarang dah diorang lepak sini. Kalau summer selalu la ada.

p/s: mamak & mami dok kampung, kampung yang takda shopping complex, yang ada kat sini ladang apple dengan pokok plum. Kalau nak beli groceries, kena naik train ke town yang berdekatan, yang paling dekat 15 minit dari sini. Ada kedai groceries kecil-kecilan kat sini, kalau emergency tu boleh nak membeli kat situ, tapi barangan terhad dan mahal.


4 comments:

Anonymous said...

Alahai cantiknye pemandangan... psst, kite pon dok kampong.pasaraya kicik-kicik.pasar malam pon ade.heheh

mami said...

hi mrmrs faiz,
alhamdulillah sbb dok kampung ni,pemandangan bes skit,kalau dok bandar lain lak cerita ek..hehe...smalam kami google kuopio..cantiknya tempat awak..banyak tasik ...bila la gamaknya kami nak sampai finland...

hunnybunny said...

i like autumn!!cem romantic..sukanya suasana cemtu..xterik cem penang...xyah kena sunburn slalu :P

mami said...

hunny, autumn is perfect if the sun shines..when it starts raining cold water...I start missing penang...sunburn pun sunburn la..