Sunday, November 1, 2009

Terengganu

Arwah bapak dari Terengganu. Ibu kita 'Mami' dari Pulau Pinang.(tapi bukan mami yang banyak gelang tu aa, yang tu cliché ja tu..heheh).

Walaupun sebahagian besar hidup di Pulau Pinang, kami selalu balik kampung di Terengganu. Seronok sungguh kalau balik sana. Kalau sampai ja, arwah Tok ki dah tunggu bawah pohon nyior dengan parang...haha..bukan nak perambat kami balik, tapi dia dah sedia air nyior muda. Fresh from the trees.

Arwah tok minah dengan tok ki kalau sembang ngan kami masa kecik-kecik dulu serupa ayam cakap ngan itik. Kami ni reti senyum-senyum angguk-angguk ja.
Dah cucu ckp utara pekat (cth: awat tok potong sayoq lagu tu.....maksudnya: mengapa tok potong sayur macam tu),
si tok ki ngan tok minah ckp 'ganu (cth: gi tuko baju selalu...maksudnya: pergi tukar baju sekarang).
Jumpa sepupu-sepupu pun lebih kurang macam tu. Kalau arwah moyang start sembang lagi la kami tak paham..haha..slang 'ganu zaman 1900...

Bila dah besar panjang dan dah cerdik sikit, boleh la faham cakap 'ganu. Lagipun kami dah kena expose dari kecik. Sekarang ni kiranya lidah boleh la nak tune. Kalau jumpa sedara kat 'ganu tu, kami tune la ckp 'ganu. Tapi taklah original, kira orang tua-tua kat sana bleh la nak paham (tips: slang 'ganu amat berguna kalau anda nak beli sutera kat pasar payang atau tudung kat stesen bas, bleh dpt local discount). Selera kami pun bertukar, kalau boleh tiap-tiap hari nak belasah kepuk lekor ngan nasi dagang.

Kalau sedara dari 'ganu visit kami kat Penang lak, diorang ckp Penang. Semuanya nak bubuh 'awat' 'hang' 'aku'. Diorang pun kalau dah mai penang, tiap-tiap hari nak belasah kari dengan mee goreng mamak.

Yang lawaknya sekarang ada orang baru pulak dalam family kami. The german mamak (kami panggil dia mamak sbb dia suka sgt makan papadom ngan kari). So terpaksala both sides of the family 'tuning' bahasa Jerman. Mamak pulak kena 'tuning' Penang dan Terengganu..hahah...pening-pening.

Jom layan gambar kampung kami kat 'ganu..

DSC_0004
baru sampai nok gi ngaji...

DSC_0006
mok sedare ngaja ngaji...

DSC_0028
jom wi makang ayang..

DSC_0107
tempat lepak petang-petang..

DSC_0083
sideview rumoh dan frontview rebang ayang...

DSC_0189
bakpe tu?..

2 comments:

Anonymous said...

Salam,terima kasih kepada nana dan mami kerana sudi singgah dan beri komen di blogresipi. Salam persahabatan dari kami dan didoakan agar nana dan mami sihat sejahtera.jumpa lagi.

Unknown said...

kampung kat trg kat mana ni? menghijau cantek banget